RAM vs HDD vs SSD

Kebelakangan ini notebook baru dilengkapi dengan saiz storan yang besar. RAM juga memenuhi kehendak sistem pengoperasi yang memerlukan 8GB dan ke atas.

Banyak aduan diterima yang mengatakan notebook ni perlahan, terlampau perlahan dari notebook sebelum ini dan sebagainya.

Sudah tentulah, spesifikasi RAM 8GB, storan 1TB dan CPU pula dari kumpulan i7 yang mana ia antara tahap tertinggi. Kebanyakan aduan hanya berdasarkan kepada pengalaman sendiri dan tidak disokong fakta.

Setelah disemak, storan menggunakan cakera berkelajuan 5400RPM yang mana adalah perlahan. Jika dilihat dari segi logik, sudah semestinya ia bagi megawalah tahap kepanasan keseluruhan sistem notebook.

“Perlahan” jika di amati betul-betul adalah disebabkan beberapa faktor. CPU, RAM dan Storan. Permintaan pengguna adalah untuk menambah RAM. JIka dilihat pada keseluruhan sistem, 100% penggunaan cekara berlaku selepas sistem mula.

Pilihan antara menukar CPU, RAM atau STORAN. Jalan yang diambil adalah cuba dengan menggantikan storan dari jenis cakera keras, di ganti dengan SSD (Solid State Drive).

Alhamdulillah. Faktanya, terbukti sistem boot lebih cepat dan lebih responsif. Sebelum menggunakan SSD, untuk boot sehinggal login ke dalam sistem mengambil masa lebih 6 minit. Setelah diganti dengan SSD, mengambil kurang 2 minit.

Bagi promosi terkini SSD, anda boleh dapatkan SSD di sini. Harga adalah antara yang terendah buat masa ini (10/12/2019 – 15/12/2019) berikutan dengan promosi jualan 12*12 yang sedang dijalankan.

Apa kata anda ?