sonoff POWR2

Hari ini saya telah memasang suis sonoff POW R2. Apa dia suis ni boleh buat ?

Berdasarkan review, ia boleh membaca beberapa parameter berkenaan kuasa elektrik; antaranya Voltan, Arus dan Kuasa. Saya mengambil kesempatan untuk memasang suis ini dihadapan soket yang meyambungkan peralatan di bilik komputer saya.

Untuk itu, ia akan memantau Arus, Voltan, Kuasa dan jumlah penggunaan elektrik semua perkakasan itu.

Di sini saya menetapkan kadar asas penggunaan elektrik pada RM0.218 bagi setiap kWh kuasa yang digunakan. Bagi pengiraan yang lebih tepat, tarif elektrik sepatutnya dapat ditetapkan mengikut tangga yang digunakan oleh pembekal elektrik.

Setelah 2jam meyambungkan suis ini kepada bekalan utama perkakasan komputer saya. Ini lah keputusan yang diperolehi.

Saya akan biarkan peralatan ini berjalan secara auto pilot dan akan menjenguk semula apabila cukup bulan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *