Remote monitoring

Dengan ada perkakasan IoT kebelakangan ini, banyak perkara boleh dilakukan secara dalam talian walau di mana sahaja kita berada asalkan ada sambungan internet. Walaupun begitu, ia sebenarnya telah lama saya laksanakan lebih kurang 4-5 tahun dahulu.

Perkakasan pertama yang digunakan adalah dari jenama Orvibo. Pada masa itu hanya soket plug yang ada dan harganya agak mahal.

Hari ini dengan pelbagai jenama yang muncul dan banyak di pasaran memudahkan lagi perkakasan diperolehi. Antara jenama yang saya senangi adalah dari jenama orvibo, xiaomi dan sonoff. Walaupun begitu aplikasi yang digunakan pula adalah dari eWelink, homeMate, orvibo dan XiaomiHome.

Harini saya nak ceritakan pengalaman menggunakan perisian eWelink dengan perkakasan sonoff. Saya melaksanakan ‘remote monitoring’ peralatan elektrik di kampung. Beberapa hari kebelakangan ini, saya tidak dapat mencapai perkakasan tersebut kerana di dalam aplikasi menunjukkan perkakasan tersebut offline.

Setelah diperiksa, perkakasan tersebut dalam keadaan baik, cuma internet saja terputus. Setelah internet dibaikpulih semula, barulah saya dapat mengawal semula peralatan tersebut.

Jika dilihat dari gambar di atas, perkakasan tersebut berjaya dihubungi adalah pada 07/11/2019. Selepas itu tiada lagi hubungan. Setelah sambungan internet dibaikpulih, saya switch on semula perkakasan tersebut secara remote. Mudah kan ? Hanya masalah dengan sambungan internet sahaja.

Ada yang berminat ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *