IoT

Era ‘Internet of Things’ telah mula sejak beberapa tahun dahulu. Mula kenal dengan produk jenama “Orvibo”. Tertarik dengan kebolehan mengawal suis yang dipasang pada soket penyambung wayar 3 pin. Pada masa itu, nak dapatkan produk tersebut, kena beli melalui laman web “Ali Express”. Sebagai percubaan, 2 unit suis tu dibeli dan di tetapkan. Cubaan dilakukan untuk memasang dan menutup suis menggunakan aplikasi “WiWo” di telefon bimbit.

Setelah berpuas hati dengan penggunaan dari telefon bimbit, bertukar pula kepada fungsi pemasa. Beberapa cubaan dilakukan dengan suis ini. Untuk itu, suis ni diletakkan pada tempat yang tersorok dan mudah mengawalnya dari telefon. Sunguh mudah. Pada ketika itu, harganya mencecah hampir RM80 se unit.

Dalam dua tahun terakhir ini pula muncul banyak suis sebegini dengan pelbagai jenama. Antara yang dicuba datangnya dari jenama Xiaomi, sonoff, orvibo. Dari jenama-jenama yang disebutkan itu, buatan yang kemas dan cantik datang dari Orvibo dan juga Xiaomi. Buatan suis dari jenama sonoff agak ringkas dan agak tidak menarik. Walaubagaimanapun, fungsi suis dari jenama-jenama ini hampir sama.

Untuk kali ni kita akan melihat suis sesentuh dari jenama sonoff. Suis ini adalah ‘mainan’ baru yang boleh mengawal sehingga 3 unit peralatan elektrik.

Suis sesentuh ni sama saja dengan suis elektrik biasa yang terdapat di rumah. Cara memasangnya pun begitu mudah. Hanya perlu ‘Plug n Play’. Untuk keselamatan diri, pastikan suis utama dimatikan terlebih dahulu.

Matikan suis utama

Buka skru bagi suis sedia ada

Pastikan wayar hidup yang datang dari DB di cabut dari suis asal, dan dimasukkan ke penyambung yang dilabel ‘L’

Punca untuk peralatan lain pastikan disambung pada ‘L1’, ‘L2’ dan ‘L3’

Setelah suis yang sedia ada ditukar dengan suis, kapasitor perlu di pasang pada perkakasan yang di sambung pada ‘L1’. Perlu sambungan ke wayar hidup dan wayar neutral.

Setelah selesai semua sambungan dan skru dipasang. boleh la pasang semula suis utama.

Mula-mula elektrik masuk, semua butang warna biru. Suis ni dah boleh guna.

Untuk padankan dengan aplikasi eWelink, tekan butang selama 5 saat.

Butang akan berkelip, mulakan aplikasi eWelink di telefon bimbit.”Scan new device”

Selepas suis berjaya di kesan oleh aplikasi eWelink, paparan kawalan suis tersebut adalah seperti di sebelah. Dah selesai. Sekarang suis ni boleh digunakan secara manual dan juga boleh dikawal menggunakan aplikasi di telefon bimbit.

Device control in eWeLink Apps

Gambaran aplikasi telefon bimbit saya setelah menambah suis sesentuh yang baru. Digabungkan dengan beberapa suis lain yang sedia ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *