IoT – pasca iOS 13

Alhamdulillah selepas pemasangan peralatan IoT sonoff sebelum ini tidak bermasalah dan semuanya ok. Boleh di kawal dengan beberapa situasi.

Baru – baru ni, saja menggatal nak mencuuba peralatan sonoff baru pada saya iaitu POWR2. Peralatan ini dikatakan dapat memantau voltan, arus, kuasa dan juga penggunaan elektrik yang disambungkan kepadanya.

Seperti biasa, setelah ‘unboxing’, perkara pertama yang dilakukan adalah untuk menyambung kuasa kepada perlatan sonoff ini. Setelah disambung, nak add pula ke dalam aplikasi ‘ewelink’. Di sini saya menghadapi masalah di mana apabila menggunakan quick pairing atau compatible pairing mode (AP mode) tidak berjaya. Bermacam – macam cara dah digunakan untuk memastikan peralatan ni boleh disambungkan ke aplikasi. Tapi gagal.

Mulanya dah ingat peralatan ini bermasalah. Kali terakhir peralatan sonoff di sambungkan ke aplikasi mengguakan iOS 12 dan perisian ewelink terkini. Kali ini iOS dan juga perisian ewelink telah di update kepada yang terkini.

Nasib baik ada perkakasan iOS lain yang menggunakan iOS 12 tapi ewelink terkini. Nahhhh sekali cuba dah boleh pakai. Makanya kat sini iOS 13 atau peralatan sonoff tidak serasi digabungkan bersama untuk di ‘pair’. Penggunaan biasa yang lain tidak bermasalah.

Siapa yang ada masalah sama dengan saya ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *